Latihan Formatif 5.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5

Soalan 1:
Namakan tiga bendasing yang terdapat di dalam sumber air semula jadi.

Jawapan:
Garam mineral terlarut, bahan pepejal terampai dan mikroorganisma.

Soalan 2:
Nyatakan kaedah-kaedah pembersihan air yang dapat menyingkirkan bendasing di dalam air.

Jawapan:
Penurasan dan penyulingan
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 3:
Apakah masalah pencemaran air yang dihadapi di kawasan pantai dan laut?

Jawapan:
Tumpahan minyak dan pembuangan sisa perindustrian
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 4:
Tentukan sama ada pernyataan berikut adalah Benar atau Palsu. Tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan.


Jawapan:
(a) Palsu 
(b) Benar
(c) Palsu

Soalan 5:
Terangkan tiga cara mengawal pencemaran air.

Jawapan:
– Bangunkan sistem pelupusan sampah yang teratur.
– Galakkan penggunaan baja terbiodegradasi dalam sektor pertanian.
– Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Leave a Comment