Latihan Sumatif 5 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:

Johan mengalami kesakitan pada bahagian badan kerana telah menggunakan teknik yang salah untuk terjun ke dalam air (Gambar foto 1). Terangkan punca kecederaan Johan. (Kaitkan dengan tegangan permukaan).


Jawapan:
Air mempunyai tegangan permukaan yang kuat disebabkan oleh daya lekitan yang wujud antara molekul air di permukaan. Johan sepatutnya terjun secara menjunam dengan kedua-dua tangan rapat dan lurus di hadapan, kedua-dua kaki rapat dan lurus ke belakang. Cara ini dapat mengurangkan kesan tegangan permukaan air

Soalan 2:
Aliya telah menjalankan satu kajian untuk mengkaji jenis larutan yang terhasil apabila zat terlarut dilarutkan di dalam pelarut. Dia mendapati bahawa tiga spatula garam menghasilkan larutan tepu apabila dilarutkan di dalam 50 ml air.

(a) Lukiskan zarah-zarah air garam yang dihasilkan apabila:

(i) satu spatula garam dicampurkan ke dalam 50 ml air

(ii) lima spatula garam dicampurkan ke dalam 50 ml air

(b) Adakah pemanasan air dapat meningkatkan kadar keterlarutan? Berikan penjelasan anda.


Jawapan:
(a)(i)

(a)(ii)


(b) Ya. Haba dapat meningkatkan kadar pergerakan zarah-zarah garam. Jadi, zarah-zarah garam dapat bergerak dengan lebih laju untuk memenuhi ruang di antara zarah-zarah air

Soalan 3:
Rajah 1 menunjukkan proses penyejatan air.


(a) Terangkan proses di atas dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim.

(b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi proses penyejatan air. Jelaskan dua daripada empat faktor tersebut.


(c) Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan komposisi unsur dalam air? Tandakan (√) pada jawapan yang betul.



Jawapan:
(a) Zarah-zarah air di permukaan air bergetar dengan lebih laju apabila menerima tenaga haba dari persekitaran dan mengatasi tarikan zarah-zarah air terbebas daripada permukaan air.


(b) Kelembapan udara, pergerakan udara, suhu persekitaran dan luas permukaan terdedah.

– Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar penyejatan air.

– Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi kadar penyejatan air.

– Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar penyejatan air

– Semakin besar luas permukaan air yang terdedah, semakin tinggi kadar penyejatan air.
(Pilih mana-mana dua jawapan)

(c) Jawapan ialah (i)

Leave a Comment