Praktis Sumatif 7 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Terdapat banyak bentuk tenaga. Padankan bentuk tenaga yang berikut dengan definisinya yang betul.

Jawapan:
(a) Tenaga yang dimiliki oleh objek disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya.
(b) Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak.

Soalan 2:
Gariskan jawapan yang betul tentang kerja, tenaga dan kuasa.

(a) Unit bagi tenaga ialah (J s/N m).

(b) (Kerja/Kuasa) didefinisikan sebagai hasil darab daya dan sesaran dalam arah daya.

(c) Objek yang (pegun/bergerak) tidak mempunyai tenaga kinetik.

(d) Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga (boleh/tidak boleh) berubah-ubah bentuknya.

(e) Berat ialah hasil darab jisim dan (daya/pecutan) graviti.


Jawapan:
(a) Nm

(b) Kerja

(c) pegun

(d) boleh

(e) pecutan

Soalan 3:



Rajah 1 menunjukkan sebuah motor mengangkat satu beban yang berjisim 5 kg setinggi 2 m.

(a) Hitungkan kerja yang dilakukan oleh motor tersebut.

(b) Berapakah tenaga yang digunakan oleh motor tersebut untuk mengangkat beban?


Jawapan:
(a)
W = Fs
= 5 kg × 10 m s–2 × 2 m
= 100 J


(b)
Tenaga yang digunakan oleh motor = kerja yang dilakukan = 100 J

Leave a Comment