Praktis Formatif 9.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Apakah definisi cuaca angkasa lepas?

Jawapan:
Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari dan di angkasa lepas.

Soalan 2:
Nyatakan empat contoh kesan cuaca angkasa lepas terhadap Bumi.

Jawapan:
Pembentukan aurora, gangguan telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik

Soalan 3:
Apakah hubung kait antara bilangan tompok Matahari dengan peningkatan lentingan jisim korona?

Jawapan:
Apabila bilangan tompok Matahari bertambah, lentingan jisim korona akan dipertingkatkan.

Leave a Comment