Rajah di bawah menunjukkan tiga sapu tangan, W, X dan Y yang serupa. Semua sapu tangan itu adalah basah dan dijemur di bawah cahaya matahari selama 2 jam dalam keadaan berikut: Sapu tangan W dilipat 4, sapu tangan X dilipat 2 dan sapu tangan Y tidak dilipat.
(a)(i) Sapu tangan yang manakah akan kering dahulu? [1 markah]
(a)(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di (a)(i). [1 markah]
(b) Karim memakai baju yang basah. Untuk mengeringkan baju itu, dia berdiri di bawah kipas angin yang berputar.
Terangkan bagaimana keadaan itu boleh membantu Karim mengeringkan bajunya. [2 markah]
(c) Ikan kering biasanya diproses dengan dijemur di bawah cahaya matahari.
Terangkan satu kaedah bagaimana ikan dapat dikeringkan dengan lebih cepat.
Kaedah:
Penerangan:
[2 markah]
Jawapan:
(a)(i)
Sapu tangan Y
(a)(ii)
Y mempunyai luas permukaan terdedah yang paling besar.
(b)
Udara yang bergerak dari kipas meningkatkan kadar transpirasi.
(c)
Kaedah:
- Hiris dan bukakan ikan
- Letakkan di tempat yang terbuka
Penerangan:
Menghiris dan membuka ikan akan meningkatkan luas permukaan ikan. Pendedahan pada cahaya matahari akan meningkatkan kadar penyejatan dan membuatkan ikan lebih cepat kering.
Rajah di bawah menunjukkan model penyejatan air.
(a) Berdasarkan rajah di atas, terangkan maksud penyejatan. [2 markah]
(b) Penyejatan air dipengaruhi oleh beberapa faktor. Jelaskan faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan. [2 markah]
(c) Nyatakan perbezaan antara pendidihan dan penyejatan. [2 markah]
Jawapan:
(a)
Penyejatan adalah proses yang berlaku pada permukaan air di mana zarah-zarah yang bergerak pantas di permukaan air akan meninggalkan cecair dan tersejat.
(b)
Suhu tinggi daripada persekitaran, pergerakkan udara dan luas permukaan air yang besar akan meningkatkan kadar penyejatan.
(c)
– Pendidihan berlaku pada takat didih manakala penyejatan berlaku pada sebarang suhu.
– Pendidihan berlaku di seluruh cecair sementara penyejatan hanya berlaku pada permukaan cecair sahaja.