2.6.1 Sistem Respirasi Manusia (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan model peparu untuk mengkaji mekanisme pernafasan manusia.

Rajah 1

(a) Dengan menggunakan model itu, terangkan proses penarikan nafas. [2 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan model peparu dan sistem pernafasan manusia. Pada Rajah 2, lukiskan garisan untuk mamadankan bahagian model itu dengan bahagian pada sistem pernafasan manusia. [2 markah]

Rajah 2


(c) Rajah 3 menunjukkan struktur alveolus dan kapilari darah.

Rajah 3

Terangkan proses pengangkutan gas oksigen ke sel badan, bermula daripada alveolus. [3 markah]

(d) Merokok membahayakan kesihatan manusia.
Nyatakan satu sebab. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Apabila kepingan getah ditarik ke bawah, isi padu udara dalam balang kaca akan bertambah. Hal ini menyebabkan tekanan dalam balang berkurang dan belon mengembang.

(b)


(c)
Dinding alveolus diselaputi oleh kapilari-kapilari darah. Semasa penarikan nafas, oksigen disedut masuk ke dalam alveolus. Oksigen di dalam alveolus meresap melalui dinding alveolus ke dalam sel-sel darah merah di dalam kapilari. Kemudian oksigen bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin dan darah ini dikenal sebagai darah beroksigen. Darah beroksigen ini dipam oleh jantung ke sel-sel badan. Apabila oksihemoglobin tiba di sel-sel badan, oksihemoglobin membebaskan oksigen melalui resapan ke dalam sel-sel badan.

(d)
Asap rokok mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya seperti nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen dan juga bahan merengsa lain. Bahan-bahan kimia ini menyebabkan penyakit seperti kanser peparu, batuk, asma, bronkitis, emfisema, penyakit jantung dan juga kematian bayi.


Leave a Comment