3.2 Sistem Peredaran Darah (Soalan Subjektif) – Soalan 1


Soalan 1:
(a) Guru sains mempamerkan keratin memanjang struktur jantung. Beliau meminta pelajarnya melabel salur darah M dan N pada rajah di bawah. [2 markah]

(b) K, L, M dan N merupakan salur darah. Salur darah manakah yang terlibat dalam pengangkutan darah beroksigen? [1 markah]

(c) Otot bagi ruang-ruang jantung mempunyai ketebalan yang berbeza. Nyatakan ruang mana yang mempunyai otot yang paling tebal dan terangkan mengapa. [3 markah]


Jawapan:
(a)
M: Aorta
N: Arteri pulmonari

(b)
M terlibat dalam pengangkutan darah beroksigen

(c)
– Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal daripada dinding ventrikel kanan.
– Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh badan.
– Ventrikel kanan mengepam darah ke peparu sahaja.




Leave a Comment