3.5.3 Pengangkutan dalam Tumbuhan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Berikut adalah langkah-langkah dalam suatu penyiasatan untuk mengkaji sistem pengangkutan dalam tumbuhan.

Langkah 1: Letakkan tumbuhan itu di dalam  almari selama dua hari.
Langkah 2: Letakkan tumbuhan yang sama di bawah cahaya matahari untuk dua hari lagi. 
Langkah 3: Potong dan keluarkan satu gegelang kulit yang lengkap termasuk floem untuk mendedahkan xylem.
Langkah 4: Sapukan kawasan gegelang yang terdedah dengan parafin.
Langkah 5: Perhatikan kawasan gegelang yang  terdedah itu selama tiga minggu.


Rajah 1 menunjukkan kawasan gegelang yang terdedah bagi tumbuhan itu.


Rajah 1

(a) Mengapakah kawasan gegelang yang terdedah itu disapu dengan parafin? [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan kawasan gegelang yang terdedah itu sebelum dan selepas tiga minggu.

Rajah 2

(i) Apakah yang berlaku kepada bahagian atas kawasan gegelang yang terdedah itu selepas tiga minggu? [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (b)(i). [1 markah]

(iii) Apakah fungsi floem? [1 markah]


(c) Rajah 3 menunjukkan kawasan gegelang yang terdedah disalut dengan tanah bagi menggantikan parafin.
Selepas beberapa bulan, akar tumbuh. Ini adalah satu kaedah pembiakan.

Rajah 3

(i) Nyatakan jenis pembiakan ini. [1 markah]

(ii) Beri satu kebaikan bagi pembiakan yang dinyatakan dalam (c)(i). [1 markah]


(d) Rajah 4 menunjukkan seutas dawai diikat ketat mengelilingi batang pokok. Aktiviti ini memberi kesan negatif ke atas pertumbuhan pokok ini selepas beberapa tahun.

Rajah 4

(i) Cadangkan satu cara untuk mengelak kesan negatif ke atas pertumbuhan pokok ini. [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (d)(i). [1 markah]


Jawapan:
(a)
Untuk mencegah air daripada menyejat

(b)(i)
Bahagian itu membengkak.

(b)(ii)
Makanan terkumpul di bahagian atas kawasan gegelang yang terdedah.

(b)(iii)
Untuk mengangkut makanan dari daun ke seluruh bahagian pokok itu.


(c)(i)
Pembiakan aseks

(c)(ii)
Menghasilkan anak pokok dengan lebih cepat.

(d)(i)
Letakkan cebisan kain tebal di antara wayar dengan batang pokok.

(d)(ii)
Untuk melindungi floem dan memastikan makanan dapat diangkut.




Leave a Comment