4.4.1a Sebatian Silikon (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah  1.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji sifat-sifat silika.

Rajah  1.1

5 g silika dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air. Silika itu dikacau menggunakan rod kaca. Didapati bahawa jisim silika itu tidak berubah.

(i) Apakah yang berlaku kepada saiz silika itu selepas dikacau. [1 markah]

(ii) Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan satu sifat silika. [1 markah]

(iii) Nyatakan dua unsur dalam silica. [2 markah]


(b) Rajah  1.2 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat kesan pemanasan ke atas plumbum sulfida. [1 markah]

Rajah  1.2

(i) Nyatakan kesan pemanasan ke atas plumbum sulfida. [1 markah]

(ii) Gas Y terkumpul di dalam tabung uji.
Apakah gas Y? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Saiz kekal tidak berubah.

(a)(ii)
Tidak larut dalam air

(a)(iii)
  1. Silikon
  2. Oksigen

(b)(i)
Mengurai untuk membentuk plumbum oksida dan sulfur dioksida

(b)(ii)
Sulfur dioksida



Leave a Comment