Praktis Sumatif 3 (Soalan 1 – 4) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Bagaimanakah tumbuhan dapat mengekalkan kawalan homeostasis?

Jawapan:
Melalui proses transpirasi yang membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air serta mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan bagi menggantikan air yang telah hilang ke persekitaran daripada daun. Air hilang daripada daun secara penyejatan berupaya membantu menyejukkan tumbuhan pada hari panas.

Soalan 2:
Bagaimanakah badan kita bergerak balas kepada perubahan suhu apabila kita memasuki bilik yang sangat sejuk?

Jawapan:
Salur darah mengecut untuk mengurangkan pembebasan haba ke persekitaran. Bulu roma menegak untuk memerangkap lapisan udara yang lebih tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan ke persekitaran. Kurang berpeluh bagi mengurangkan haba dibebaskan melalui penyejatan. Otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil bagi meningkatkan suhu badan. Pada masa yang sama, hormon tertentu dirembeskan untuk meningkatkan metabolisme badan.

Soalan 3:
Apakah peranan salur darah dalam meningkatkan kehilangan haba?

Jawapan:
Salur darah mengembang untuk membolehkan lebih banyak darah mendekati kulit supaya melepaskan lebih banyak haba ke persekitaran.

Soalan 4:
Apakah kelebihan mempunyai suhu badan yang tetap?

Jawapan:
Memboleh enzim berfungsi secara optimum pada suhu 37oC untuk mengawal semua tindak balas kimia dalam sel hidup.

Leave a Comment