Praktis Sumatif 3 (Soalan 5 – 7) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 3


Soalan 5:
Ketika bersenam, badan banyak kehilangan air. Mengapakah seseorang yang bersenam perlu minum air sebelum dia berasa dahaga?

Jawapan:
Badan banyak kehilangan air apabila berpeluh. Oleh itu kita perlu minum air untuk menggantikan air yang telah hilang melalui penyejatan ketika berpeluh.

Soalan 6:
Mengapakah muka kita kelihatan merah selepas melakukan senaman kecergasan dan kelihatan pucat apabila berasa sejuk?

Jawapan:
Selepas melakukan senaman cergas, suhu badan kita menaik. Salur darah mengembang untuk membolehkan lebih banyak darah mendekati kulit supaya melepaskan tenaga haba. Oleh itu, muka kelihatan merah. Sebaliknya, suhu badan kita menurun apabila sejuk. Salur darah mengecut untuk membolehkan lebih banyak darah menjauhi kulit supaya mengurangkan pelepasan tenaga haba. Oleh itu, muka kelihatan pucat.

Soalan 7:
Graf dalam Rajah 1 menunjukkan kuantiti peluh dan air kencing berubah dengan suhu.


(a) Apakah yang berlaku kepada kuantiti peluh apabila suhu bertambah? Terangkan sebab hal ini berlaku.

(b) Apakah yang berlaku kepada kuantiti air kencing apabila suhu bertambah? Terangkan sebab hal ini berlaku.

(c) Kaitkan hubungan kedua-dua sebab dalam jawapan (a) dan (b).


Jawapan:
(a)
Kuantiti peluh bertambah. Hal ini berlaku untuk mencegah suhu darah daripada meningkat. Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh dapat menyerap haba pendam yang tinggi dan terbebas ke persekitaran apabila air peluh menyejat. Penyejatan ini menyebabkan suhu badan menurun dan kembali ke aras normal.


(b)
Kuantiti air kencing berkurang. Hal ini berlaku kerana air lebih banyak diserap semula ke dalam darah bagi mengimbangi air yang banyak hilang melalui perpeluhan. Otak merembeskan sejenis hormon agar ginjal mengurangkan penghasilan air kepada air kencing.


(c)
Apabila suhu badan bertambah, kuantiti peluh turut bertambah untuk menurunkan suhu badan melalui penyejatan manakala kuantiti air kencing pula berkurang kerana kuantiti air dalam darah telah berkurang disebabkan oleh perpeluhan. Maka kuantiti air kencing yang dihasilkan di ginjal menjadi sedikit dan lebih pekat.

Leave a Comment