Praktis Sumatif 3 (Soalan 8 – 10) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 3


Soalan 8:
Khairul duduk di rumah dan diberi kuantiti makanan dan minuman yang sama untuk tiga hari. Kuantiti air kencing yang terhasil dikumpulkan dan disukat.

(a) Mengapakah kita perlu memastikan kuantiti makanan dan minuman yang sama pada ketiga-tiga hari itu?

(b) Hari yang manakah Khairul melakukan aktiviti yang paling cergas? Berikan alasan anda.

(Panduan jawapan: Kaitkan dengan kuantiti air kencing yang dihasilkan)


Jawapan:
(a) Kuantiti makanan dan minuman adalah pemboleh ubah yang dimalarkan maka perlu dipastikan sama pada ketiga-tiga hari itu.

(b) Hari kedua. Kuantiti air kencing adalah paling kurang pada hari kedua. Apabila melakukan aktiviti cergas, suhu akan bertambah dan air dalam badan hilang dalam bentuk peluh. Otak merembeskan sejenis hormon supaya ginjal mengurangkan penghasilan air kencing.

Soalan 9:
Mengapakah memakai beberapa lapisan kain nipis lebih baik daripada satu lapisan kain tebal untuk mengekalkan suhu badan? Bahagian badan yang manakah mempunyai fungsi yang sama dengan beberapa lapisan kain itu?

Jawapan:
Udara di antara setiap lapisan kain memerangkap lebih banyak haba. Bulu roma yang menegak berfungsi sama dengan beberapa lapisan kain nipis ini iaitu memerangkap haba.

Soalan 10:
Pernyataan di bawah menunjukkan satu hipotesis.

Tumbuhan mengawal atur kandungan air melalui stoma.

Reka cipta satu eksperimen untuk membuktikan hipotesis di atas. Bagaimana hal ini berlaku?

Laporan itu mestilah mengandungi:
– Pernyataan masalah
– Hipotesis
– Tujuan eksperimen
– Pemboleh ubah
– Bahan dan radas
– Prosedur
– Penjadualan data


Jawapan:
Pernyataan masalah: Adakah stoma mengawal atur kandungan air dalam tumbuhan?

Hipotesis: Tumbuhan mengawal atur kandungan air melalui stoma

Tujuan: Menyiasat fungsi stoma mengawal atur kandungan air pada tumbuhan


Pemboleh ubah:
Dimalarkan: Tumbuhan yang sama jenis

Dimanipulasikan: Pokok yang daunnya disapu dengan vaselin dan pokok yang daunnya tidak disapu dengan vaselin

Bergerak balas: Layu atau tidak layu

Bahan dan radas: Dua pokok dalam pasu dan vaselin.


Prosedur:
1. Ambil dua pokok dalam pasu yang sama jenis.

2. Daun bagi pokok A disapu vaselin manakala daun bagi pokok B dibiarkan seperti biasa.


3. Kedua-dua pokok kemudiannya dibiarkan selama dua hari bawah cahaya matahari.

4. Rekodkan pemerhatian ke atas keadaan pokok selama dua hari.

Penjadualan data:

Leave a Comment