Praktis Sumatif 3 (Soalan 11 & 12) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 3


Soalan 11:
Pernyataan di bawah menunjukkan fungsi kulit.

Kulit merupakan organ perkumuhan, organ perlindungan kepada organ-organ lain dan organ yang mengawal atur suhu badan.

Pada pendapat anda, adakah pernyataan itu benar? Berikan alasan anda.


Jawapan:
Pernyataan itu benar. Sebagai organ perkumuhan, kulit mengeluarkan peluh. Sebagai organ perlindungan, kulit melindung jantung, ginjal dan organorgan lain dalam badan. Sebagai organ yang mengawal atur suhu badan, kulit mempunyai bulu roma, salur darah, kelenjar peluh yang terlibat dalam kawal atur suhu badan.

Soalan 12:
Pernyataan di bawah menunjukkan satu hipotesis.

Air kencing yang dihasilkan adalah banyak apabila kita banyak meminum air berbanding dengan air kencing yang dihasilkan apabila kita kurang meminum air.

Reka cipta satu eksperimen untuk membuktikan hipotesis di atas. Terangkan sebab hal ini berlaku.

Laporan itu mestilah mengandungi:
– Pernyataan masalah
– Hipotesis
– Tujuan eksperimen
– Pemboleh ubah
– Bahan dan radas
– Prosedur
– Penjadualan data


Jawapan:
Pernyataan masalah: Adakah penghasilan air kencing adalah banyak apabila meminum banyak air?

Hipotesis: Penghasilan air kencing lebih banyak apabila meminum banyak air berbanding dengan meminum kurang air.

Tujuan: Menyiasat penghasilan air kencing apabila meminum banyak air atau kurang air.

Pemboleh ubah:
Dimalarkan: Suhu sekitar yang sama, murid yang sama

Dimanipulasikan: Kuantiti minuman yang berbeza untuk satu hari

Bergerak balas: Kuantiti air kencingnya yang terhasil dikumpulkan dan disukat.


Bahan dan radas: Air dan silinder penyukat

Prosedur:
1. Seorang murid diberi kuantiti minuman yang berbeza selama sehari.

2. Kumpulkan dan catatkan kuantiti air kencing yang dihasilkan.

Penjadualan data:


Leave a Comment