Latihan Sumatif 1 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 1


Soalan 3:
Liana dan beberapa orang rakannya telah menangkap lima jenis haiwan berikut semasa membuat aktiviti persampelan di sebuah hutan.



(a) Lengkapkan kekunci dikotomi yang berikut berdasarkan ciri-ciri fizikal haiwan yang ditangkap oleh mereka.


(b) Apakah persamaan antara haiwan P, Q, R, S dengan T ?

(c) Apakah perbezaan antara haiwan P, S dengan T?


Jawapan:
(a)(i) Tidak bersayap

(a)(ii) Bersayap tebal dan keras

(a)(iii) Pepatung (Q)

(a)(iv) Lebih daripada tiga pasang kaki

(a)(v) Badan bersegmen banyak

(b) Mempunyai kaki

(c) Haiwan P mempunyai tiga pasang kaki, haiwan S mempunyai empat pasang kaki dan haiwan T mempunyai lebih daripada empat pasang kaki.

Soalan 4:
Perhatikan Rajah 1.


(a) Cadangkan dua ciri yang boleh digunakan untuk mengelaskan tumbuhan.

(b) Berikan tiga persamaan antara tumbuhan A dengan tumbuhan B.


Jawapan:
(a) Akar, daun, batang, jumlah kotiledon

(b)(i) Daun berurat jejala

(ii) Akar serabut

(iii) Kedua-dua pokok mempunyai batang lembut

Leave a Comment