Latihan Sumatif 2 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Berdasarkan siratan makanan di Rajah 1, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Bina semua rantai makanan daripada siratan makanan di Rajah 1.

(b) Mengapakah rumput dikategorikan sebagai pengeluar?

(c) Sekiranya kutu tinggal di badan arnab dan menghisap darah arnab, apakah jenis interaksi antara kutu dengan arnab?

(d) Ramalkan kesan yang akan berlaku sekiranya populasi musang di kawasan tersebut diserang penyakit.


Jawapan:
(a)
Anak pokok → Tikus → Musang

Anak pokok → Arnab → Musang

Rumput → Arnab → Musang

(b) Kerana rumput boleh membuat makanannya sendiri

(c) Parasitisme

(d) Bilangan arnab dan tikus meningkat. Bilangan rumput dan anak pokok berkurang.

Soalan 2:
Bandar X terkenal sebagai kawasan pembiakan tikus.

(a) Nyatakan kesan populasi tikus yang tinggi terhadap penduduk di Bandar X.

(b) Pada pendapat anda, apakah punca populasi tikus yang tinggi di Bandar X?

(c) Cadangkan dua langkah bagi menangani masalah pembiakan tikus yang boleh diambil oleh:
(i) pihak berwajib
(ii) penduduk


Jawapan:
(a) Wabak penyakit

(b) Pembuangan sampah sarap terutama sisa makanan yang tidak sistematik

(c)(i) Pengutipan sampah secara berkala / denda

(c)(ii) Menganjurkan aktiviti gotong-royong dan kempen kebersihan. Menjaga kebersihan persekitaran rumah dan premis perniagaan.

Soalan 3:
Shikin dan Azah mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pengeluar dan pengurai. Pendapat mereka adalah seperti yang berikut.

Shikin : Pengeluar masih dapat meneruskan hidup tanpa pengurai kerana pengeluar boleh membuat makanannya sendiri.
Azah : Jika pengurai tiada, pengeluar tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Pengeluar boleh mati.

Beri pandangan anda tentang pendapat Shikin dan Azah.


Jawapan:
Pendapat Azah betul. Tanpa pengurai, nutrien seperti fosforus dan nitrogen akan kekal di dalam badan organisma yang telah mati dan tidak dapat digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan menjadi tidak subur dan lama-kelamaan boleh mati tanpa nutrien yang mencukupi.

Leave a Comment