Latihan Sumatif 2 (Soalan 4 – 6) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 2


Soalan 4:
Razak mendapati banyak ayam ternakannya dimakan oleh helang sawah. Razak membuat keputusan untuk menembak kesemua helang tersebut. Selepas setahun, populasi tikus didapati meningkat dan makan makanan ayam. Hal ini menyebabkan ayamnya mati. Terangkan punca populasi tikus meningkat dan cadangkan satu cara yang perlu dilakukan oleh Razak untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Jawapan:
Populasi tikus meningkat kerana pemangsanya, iaitu helang merah telah ditembak. Razak perlu memelihara burung hantu di ladangnya sebagai kawalan biologi bagi memusnahkan tikus.

Soalan 5:
Hutan bandar ialah kawasan yang ditumbuhi oleh tanaman kayu di sekitar bandar. Wajarkan tentang idea hutan bandar dari segi pemeliharaan ekosistem yang seimbang.

Jawapan:
Pokok-pokok menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan untuk menjalankan fotosintesis dan membebaskan oksigen. Pokok juga menjadi habitat bagi organisma seperti burung. Akar pokok mencengkam tanah dan mengelakkan hakisan. Kawasan persekitaran juga menjadi teduh dan kelembapan tanah dapat dikekalkan

Soalan 6:


Gambar foto 1 menunjukkan sejenis perangkap tikus yang biasa dijual di kedai. Perangkap ini hanya boleh menangkap seekor tikus dalam satu masa. Reka bentuk sebuah model perangkap tikus yang boleh menangkap lebih daripada seekor tikus dalam satu masa. Lakarkan dan terangkan hasil rekaan anda.

Jawapan:
(Terima reka bentuk dan penerangan yang sesuai)

Leave a Comment