Praktis Formatif 1.4 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Berikan dua jenis penglihatan haiwan.

Jawapan:
Penglihatan stereoskopik dan monokular.


Soalan 2:
Nyatakan faktor yang menentukan jenis penglihatan haiwan.

Jawapan:
Kedudukan mata di kepala.


Soalan 3:
Apakah jenis penglihatan pengguna primer? Berikan sebabnya.

Jawapan:
Pengguna primer mempunyai penglihatan monokular. Penglihatan monokular mempunyai medan penglihatan yang luas dan membolehkan pengguna primer mengesan pemangsa yang datang dari pelbagai arah.


Soalan 4:
Apakah kepentingan pendengaran stereofonik?

Jawapan:
Pendengaran stereofonik membolehkan kita menentukan arah bunyi dengan tepat.


Soalan 5:
Dalam keadaan yang gelap, Azman dapat menentukan lokasi seekor kucing yang sedang mengiau adalah di hadapannya. Terangkan bagaimana Azman boleh menentukan arah lokasi kucing yang sedang mengiau itu.

Jawapan:
Azman menggunakan pendengaran stereofoniknya untuk menentukan arah lokasi kucing. Masa dan kekuatan bunyi yang dibuat oleh kucing diterima oleh kedua-dua belah telinga Azman adalah sama lalu dikesan oleh otak yang seterusnya memberitahu Azman arah kucing yang membuat bunyi itu, iaitu di hadapannya.

Leave a Comment