Eksperimen 2.1 (B):
(B) Kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan
Tujuan
Mengkaji perbezaan kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan
Pernyataan masalah
Apakah perbezaan kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan?
Hipotesis
Kepekatan karbon dioksida dalam udara hembusan adalah lebih tinggi daripada kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis udara yang dilalukan ke dalam air kapur
(b) bergerak balas : Keadaan air kapur
(c) dimalarkan : Kepekatan air kapur
Bahan
Air kapur, udara sedutan dan udara hembusan
Radas
Kelalang kon, salur penghubung, tiub getah, tiub kaca dan penyumbat getah
Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.8.
2. Tutup klip A. Sedut udara dan tahan nafas. Kemudian, tutup klip B dan buka klip A. Selepas itu, hembus udara.

3. Perhati dan catatkan sama ada air kapur di dalam kelalang kon yang dilalukan udara sedutan dan udara hembusan itu berkeadaan jernih atau keruh.
Keputusan

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan
Air kapur di dalam kelalang kon yang manakah menjadi keruh? Jelaskan pemerhatian anda.
Jawapan:
– Air kapur di dalam kelalang kon yang dilalui oleh udara hembusan menjadi keruh.
– Karbon dioksida dalam udara hembusan bertindak balas dengan air kapur.