Eksperimen 3.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Eksperimen 3.1:
Tujuan
Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi


Pernyataan masalah
Bagaimanakah keaktifan aktiviti fizikal mempengaruhi kadar denyutan nadi?

Hipotesis
Semakin aktif aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis aktiviti
(b) bergerak balas : Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan : Tempoh masa aktiviti

Radas
Jam

Prosedur
1. Berehat selama 5 minit. Kemudian, ambil denyutan nadi anda seperti dalam Rajah 3.11.

2. Dengan menggunakan jam, hitung dan rekod bilangan denyutan nadi anda dalam tempoh 10 saat dalam jadual. Hitung kadar denyutan nadi dalam unit bilangan denyutan nadi per minit.

3. Ulang langkah 1 dan 2 selepas melakukan setiap jenis aktiviti yang berikut dalam tempoh 5 minit.
(a) Berjalan secara perlahan
(b) Berlari


Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
1. Bagaimanakah jenis aktiviti mempengaruhi kadar denyutan nadi?

2. Bagaimanakah peningkatan denyutan nadi semasa melakukan aktiviti aktif dihubungkaitkan dengan kadar pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida?


Jawapan:
1. Semakin aktif jenis aktiviti, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

2. Kadar pengambilan oksigen dan pembebasan karbon dioksida oleh sel badan ditingkatkan semasa melakukan aktiviti aktif. Oleh itu, jantung berdenyut lebih kerap dan meningkatkan denyutan nadi untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida dengan lebih cekap.

Leave a Comment