Praktis Formatif 1.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Tandakan (✓) pada proses yang merupakan fenomena alam semula jadi.


Jawapan:
Pertumbuhan bayi, kejadian siang dan malam


Soalan 2:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Kajian sains melibatkan ____________ dan ____________ yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.
(b) Penemuan vaksin untuk menangani jangkitan denggi baru-baru ini merupakan pengetahuan sains yang diaplikasikan dalam bidang ____________ oleh ahli mikrobiologi.

Jawapan:
(a) pemerhatian, eksperimen

(b) Biologi


Soalan 3:
Senaraikan beberapa bidang sains dan kerjaya yang berkaitan dengannya.

Jawapan:
Biologi – Ahli botani,
Kimia – Ahli farmasi,
Fizik – Ahli astronomi

Leave a Comment