Praktis Sumatif 1 (Soalan 5 – 8) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 1


Soalan 5:
Azman disuruh oleh cikgu untuk memanaskan alkohol di dalam sebuah tabung didih. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil semasa mengendalikan alkohol?
Terangkan.

Jawapan:
(i) Alkohol merupakan bahan mudah terbakar.

(ii) Untuk memanaskan alkohol, gunakan kaedah kukusan air.

(iii) Gunakan cermin pelindung mata ketika mencampur atau memanaskan alkohol.

(iv) Jangan halakan tabung uji ke arah diri sendiri atau orang lain.

(v) Jangan merasa atau menghidu bau alkohol.

(vi) Jauhkan alkohol yang mudah terbakar daripada sebarang sumber api

Soalan 6:


Seorang ahli biologi sedang mengkaji seekor rama-rama. Salah satu maklumat yang diperlukan ialah luas kedua-dua sayap rama-rama tersebut. Jika setiap petak pada kertas graf mewakili skala 1 cm × 1 cm, kirakan luas tersebut.

Jawapan:
34 petak × 1 cm2 = 34 cm2
Luas kedua-dua sayap = 34 cm2

Soalan 7:
Wendy menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara luas permukaan dengan kadar penyejatan. Keputusan diplot dalam bentuk graf. Berdasarkan graf di bawah, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?


Jawapan:
Semakin bertambah luas permukaan, semakin bertambah kadar penyejatan.

Soalan 8:
Henry diberi tiga alat pengukur, iaitu P, Q dan R. Yang manakah boleh digunakan untuk mengukur ketebalan seutas wayar dengan lebih tepat dan jitu? Mengapa?


Jawapan:
Tolok skru mikrometer, Q kerana alat Q boleh mendapatkan bacaan menghampiri atau menepati nilai sebenar.

Leave a Comment