Aktiviti 4.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.1:
Tujuan: Mengumpul dan mentafsir maklumat mengenai pembiakan seks dan aseks

Arahan
1. Lakukan kerja secara berkumpulan.

2. Bincangkan perbezaan dan persamaan antara persenyawaan dalam dan persenyawaan luar pembiakan seks.

3. Catatkan hasil perbincangan anda dalam jadual seperti di bawah.


4. Kumpulkan maklumat di Internet tentang cara pembiakan aseks yang berikut:
(a) belahan dedua
(b) pertunasan
(c) pembentukan spora
(d) pembiakan vegetatif
(e) penjanaan semula


Jawapan:
(a)
Belahan dedua ialah pembahagiaan satu sel induk kepada dua sel anak.

(b) Pertunasan ialah proses pembentukan tunas pada badan organisma. Tunas bermula sebagai satu ketumbuhan yang berkembang dan kemudian terputus membentuk individu baharu.

(c) Pembentukan spora ialah proses menghasilkan spora di dalam sporangium. Selepas sporangium pecah, spora yang halus dan ringan akan disebarkan oleh angin sehingga sampai di tempat yang lembap, spora akan tumbuh menjadi tumbuhan baharu.

(d) Pembiakan vegetatif adalah satu cara menghasilkan tumbuhan baharu daripada bahagian vegetatif tumbuhan induk selain bunga.

(e) Penjanaan semula berlaku daripada kebolehan fragmen organisma tertentu tumbuh dan berkembang menjadi individu baharu yang lengkap.


Leave a Comment