Praktis Sumatif 4 (Soalan 4 & 5) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 4:
Suatu eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk mengetahui kesan nikotin terhadap penghasilan sperma. Sebanyak 60 ekor tikus dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama tidak diberikan nikotin, kumpulan kedua diberikan nikotin dengan dos yang rendah setiap hari dan kumpulan ketiga diberikan nikotin dengan dos yang tinggi setiap hari. Kajian ini dijalankan selama 30 hari. Kemudian, bilangan sperma tidak normal yang dihasilkan oleh tikus-tikus tersebut dicatat. Hasil kajian adalah seperti dalam Jadual 1.



(a) Berdasarkan Jadual 1, lukis satu carta palang.

(b) Apakah dua pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam eksperimen ini?

(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat oleh para penyelidik itu daripada eksperimen yang telah dijalankan?

(d) Cadangkan satu sebab para penyelidik tersebut tidak memberikan nikotin kepada tikus kumpulan pertama.

(e) Nyatakan satu kesan nikotin terhadap bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok ketika hamil. Apakah penyelesaian yang baik untuk ibu yang ketagih nikotin?


Jawapan:
(a)

(b)
Umur dan spesies tikus

(c) Peratus sperma tidak normal yang tertinggi dihasilkan oleh kumpulan tikus yang diberi dos nikotin yang tertinggi.

(d) Sebagai kawalan eksperimen.


(e)
Kesan nikotin terhadap bayi:
• Nikotin akan memasuki darah fetus dan menyebabkan pertumbuhan fetus terganggu.

• Bayi yang dilahirkan mempunyai berat yang sangat rendah dan bersaiz lebih kecil daripada bayi normal.

Penyelesaian yang baik untuk ibu yang ketagih nikotin:

• Bergaul dengan rakan-rakan yang tidak merokok dan menjauhi perokok.

• Mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk berhenti merokok.

• Meminum air kosong dan jus.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 5:


Rajah 3 menunjukkan struktur umum bunga.
(a) Nyatakan struktur yang membentuk
(i) organ pembiakan betina.
(ii) organ pembiakan jantan.


(b) Jika kita ke taman bunga, banyak serangga kelihatan berterbangan di sekeliling bunga.

(i) Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh bunga-bunga tersebut yang menarik minat serangga untuk hinggap padanya?

(ii) Bagaimanakah serangga-serangga tersebut dapat membantu dalam proses pembiakan tumbuhan?


Jawapan:
(a)(i) Pistil

(a)(ii) Stamen

(b)(i) Ranggi bunga bersaiz besar, mempunyai warna yang menarik dan bau yang wangi.


(b)(ii) Apabila serangga hinggap di atas bunga untuk menghisap nektar, butir debunga akan melekat pada kaki dan badan serangga yang berbulu dan dibawa butir debunga ke stigma bunga yang sama atau bunga yang lain untuk proses pendebungaan.

Leave a Comment