Aktiviti 5.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.1:
(A)
Tujuan: Membuktikan benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Bahan dan radas: Neraca tuas, bikar, tanah, air, tauge.

Arahan
1. Timbang bikar kosong dengan menggunakan neraca tuas. Catatkan jisim bikar tersebut.

2. Masukkan tanah ke dalam bikar kosong tersebut sehingga separuh penuh. Adakah tanah memenuhi ruang di dalam bikar?

3. Timbang bikar tersebut bersama-sama tanah dengan menggunakan neraca tuas seperti dalam Rajah 5.1. Adakah tanah mempunyai jisim?

4. Ulang langkah 1 – 3 dengan menggunakan air dan tauge.


5. Lengkapkan jadual di bawah.



Soalan
1. Kelaskan bahan-bahan dalam aktiviti ini kepada benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Adakah tanah, air dan tauge merupakan jirim? Jelaskan jawapan anda.

3. Berikan lima contoh bahan-bahan lain yang merupakan jirim.

Jawapan:
1.
Benda hidup: Tauge
Benda bukan hidup : Tanah dan air

2. Tanah, air dan tauge merupakan jirim kerana mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

3. Buku, pensel, kereta, komputer dan gelas. (Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)



Aktiviti 5.1:
(B)
Tujuan
: Menunjukkan bahawa udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Bahan dan radas: Belon, jarum peniti, tali, pita selofan, rod kayu.

Arahan


1.
Tiup dua biji belon supaya mempunyai saiz yang hampir sama.

2. Tampal sekeping pita selofan pada salah satu belon.

3. Gantungkan kedua-dua biji belon tersebut pada sebatang rod kayu. Imbangkan kedua-dua biji belon tersebut (Rajah 5.2).

4. Cucuk belon yang ditampal dengan pita selofan dengan menggunakan jarum peniti. Perhatikan situasi yang berlaku.

Kesimpulan
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?


Soalan
1. Apabila ditiup, belon tersebut mengembang. Mengapa?

2. Apakah yang terjadi pada rod kayu apabila salah satu belon tersebut dicucuk dengan jarum peniti?

3. Mengapakah belon yang hendak dicucuk dengan jarum peniti ditampal dengan pita selofan?

Jawapan:
1.
Ya, belon mengembang kerana udara memenuhi ruang

2. Rod kayu menjadi tidak seimbang kerana udara keluar daripada belon yang dicucuk dengan jarum dan menyebabkan belon tersebut menjadi lebih ringan. Ini membuktikan udara mempunyai jisim.

3. Pita selofan ditampal untuk mengelakkan belon daripada meletup menjadi serpihan kecil apabila dicucuk dengan jarum. Hal ini adalah untuk memastikan perbandingan yang adil antara kedua-dua jisim belon.

Leave a Comment