Aktiviti 6.11 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.11:
Tujuan: Menjalankan aktiviti pemanasan logam dan bukan logam untuk menghasilkan sebatian

Bahan dan radas: Serbuk sulfur, serbuk besi, penunu Bunsen, mangkuk pijar, tungku kaki tiga dan alas segi tiga tanah liat, penimbang

Arahan


1. Masukkan satu spatula serbuk sulfur dan satu spatula serbuk besi ke dalam mangkuk pijar. Kacau sehingga sebati. Catatkan warna campuran tersebut.

2. Timbang campuran tersebut. Catatkan jisim awal campuran.

3. Panaskan campuran sehingga campuran itu bertukar warna (Rajah 6.28).

4. Sejukkan hasil yang diperoleh. Timbang dan catatkan jisim akhir bahan tersebut.


Soalan
1. Apakah warna campuran tersebut apabila dipanaskan?

2. Tulis satu persamaan kimia dalam bentuk perkataan bagi tindak balas yang berlaku.

3. Apakah hasil yang terbentuk daripada aktiviti ini?

4. Adakah jisim sebelum pemanasan dan selepas pemanasan berubah?

Jawapan:
1. Warna hitam

2. Besi + sulfur → besi sulfida

3. Besi sulfida

4. Tidak

Leave a Comment