Aktiviti 8.8 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.8:
Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya

Bahan dan radas: Serbuk susu, bikar kaca 1000 ml, kotak sinar, skrin putih.

Arahan
1. Lakukan aktiviti dalam keadaan gelap.

2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.23.


3. Hidupkan kotak sinar.

4. Tambahkan beberapa sudu serbuk susu ke dalam air. Kacau air sehingga anda dapat melihat alur cahaya yang bersinar melalui cecair dengan jelas.

5. Lihat alur cahaya dari sisi bekas. Kemudian, lihat pada skrin putih seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.23.

6. Tambahkan lagi serbuk susu dan perhatikan warna alur cahaya putih berubah dari sisi bekas dan pada skrin putih.

7. Rekodkan pemerhatian anda.

Soalan:
1. Apakah fungsi penambahan serbuk susu ke dalam air?

2. Apakah perbezaan antara alur cahaya yang dilihat dari sisi bekas dengan di belakang bekas? Apakah yang telah berlaku?


Jawapan:
1. Serbuk susu mengandungi zarah-zarah yang menyerakkan cahaya ke semua arah.

2. Alur cahaya akan kelihatan putih kebiruan dari sisinya dan muncul sebagai jingga kemerahan pada skrin. Cahaya biru diserak lebih banyak daripada cahaya merah.

Leave a Comment