Latihan Formatif 2.4 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Senaraikan empat aktiviti manusia yang boleh merosakkan ekosistem.

Jawapan:
Pembalakan, pembakaran terbuka, perburuan haram, penangkapan ikan tanpa kawalan

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


Soalan 2:
Nyatakan dua kesan bagi setiap aktiviti yang berikut terhadap keseimbangan alam semula jadi.
(a) Penebangan hutan 
(b) Perindustrian
(c) Pertanian
(d) Pembuangan sampah sarap


Jawapan:
(a)
(i) Kemusnahan habitat
(ii) Migrasi atau kematian haiwan

(b)
(i) Peningkatan aras karbon dioksida dalam atmosfera
(ii) Hujan asid yang memusnahkan bakteria pengurai dalam tanah

(c)
(i) Pengaliran baja ke dalam sungai menganggu hidupan akuatik
(ii) Penggunaan racun serangga membunuh organisma lain selain haiwan perosak

(d)
(i) Pembiakan haiwan perosak seperti tikus
(ii) Pembuangan sampah sarap ke dalam longkang menyebabkan banjir kilat


Soalan 3:
Encik Lim ingin membuka sebuah ladang kelapa sawit yang lestari. Pada pendapat anda, bagaimanakah Encik Lim dapat mengawal populasi tikus yang sering merosakkan tanaman?

Jawapan:
Memelihara burung hantu untuk makan tikus yang merosakkan tanaman.


Soalan 4:
Jerebu semakin kerap berlaku di negara kita. Nyatakan:
(a) punca jerebu
(b) kesan jerebu terhadap manusia dan persekitaran
(c) langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku


Jawapan:
(a) Pembakaran terbuka/ asap dari eksoz kenderaan/ asap dari kilang

(b) Batuk/ selesema/ asma menjadi lebih teruk/ jarak penglihatan yang terhad/ kesan rumah hijau/ Pemanasan global

(c)
(i) Menguatkuasakan undangundang
(ii) Menjalankan kempen kesedaran
(iii) Menekankan isu jerebu dalam pendidikan sivik di sekolah


Soalan 5:
Berikan dua sebab manusia memerlukan ekosistem yang seimbang.

Jawapan:
(a) Melindungi spesies daripada kepupusan supaya generasi akan datang dapat melihatnya.

(b) Haiwan dan tumbuhan diperlukan sebagai sumber makanan dan oksigen.

Leave a Comment