Latihan Sumatif 7 (Soalan 5 – 7) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Soalan 5:
Apakah litar yang sesuai digunakan dalam sistem penggera kebakaran? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Litar selari. Supaya penggera boleh dihidupkan oleh suis pengesan haba dari lokasi yang berlainan dalam satu bangunan

Soalan 6:


Rajah 1 menunjukkan satu litar elektrik yang dipasang secara selari. Hitungkan nilai arus A1 , A2 dan voltan V1 , V2 yang tidak dinyatakan.


Jawapan:
A1 = 2.4 A

A2 = 1.2 A

V1 = V2 = 12 V

Soalan 7:


Mengapakah elektromagnet yang digunakan untuk mengangkat besi buangan seperti dalam Gambar foto 1 mempunyai begitu banyak lilitan jalur kuprum?


Jawapan:
Lilitan kuprum yang banyak dapat menghasilkan kesan elektromagnet yang kuat. Hal ini membolehkan lebih banyak bahan besi buangan diangkat pada satu masa yang sama.

Leave a Comment