Aktiviti 8.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.2:
Tujuan: Mengukur daya.

Bahan: Pemberat (50 g), benang, kertas pasir dan bongkah kayu

Radas: Kaki retort dan pengapit dan neraca spring


Arahan
(A) Berat jasad
1. Gantungkan satu pemberat 50 g pada hujung neraca spring (Gambar foto 8.3).

2. Rekodkan bacaan neraca spring.

3. Tambahkan hingga lima pemberat dan rekodkan bacaan neraca spring.


Soalan
1. Apakah kuantiti fizik yang diukur oleh neraca spring?

2. Apakah unit kuantiti fizik bagi jawapan anda dalam soalan 1?

3. Apakah yang berlaku kepada bacaan neraca spring apabila bilangan pemberat ditambahkan? Jelaskan jawapan anda.


(B) Daya geseran
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 8.4.

2. Tarik neraca spring sehingga bongkah kayu itu mula bergerak dan catatkan bacaan neraca spring pada masa itu.

3. Ulang aktiviti dengan menarik bongkah kayu di atas kertas pasir.


Soalan
1. Bongkah kayu hanya bergerak apabila daya tarikan yang cukup bertindak padanya. Daya apakah yang menghalang gerakan bongkah kayu?

2. Nyatakan perbezaan bacaan neraca spring apabila bongkah kayu ditarik di atas permukaan meja dan apabila bongkah kayu ditarik di atas permukaan kertas pasir. Apakah daya yang terlibat yang menyebabkan perbezaan antara kedua-dua bacaan neraca spring itu?


Jawapan:
(A)
1. Daya
2. newton (N)
3. Bacaan neraca spring bertambah kerana berat pemberat bertambah.


(B)
1. Daya geseran

2. Bacaan neraca spring apabila bongkah kayu ditarik di atas permukaan meja lebih rendah berbanding bacaan neraca spring apabila bongkah kayu ditarik di atas permukaan kertas pasir.
Daya geseran menyebabkan perbezaan antara kedua-dua bacaan neraca spring itu.

Leave a Comment