Eksperimen 9.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Eksperimen 9.2:
Tujuan: Mengkaji objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih.

Pernyataan masalah: Adakah objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih?

Hipotesis: Objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih.

(A) Penyerap haba yang baik

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Jarak dari sumber haba
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Warna permukaan
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kenaikan suhu

Bahan: Cat hitam dan cat putih

Radas: Penunu Bunsen, termometer, tin susu kosong, plat besi, kasa dawai, tungku kaki tiga dan bongkah kayu

Prosedur:


1.
Sediakan dua tin susu kosong yang masing-masing dicat dengan cat putih dan cat hitam. Kemudian, labelkan tin sebagai J dan K.

2. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.15 dengan meletakkan kedua-dua tin serapat yang mungkin dengan penunu Bunsen.

3. Rekodkan suhu awal udara di dalam setiap tin dan nyalakan penunu Bunsen.

4. Perhatikan dan rekodkan suhu akhir setiap tin selepas 10 minit.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.


Soalan
1. Tin manakah yang menyerap haba dengan lebih baik?
2. Apakah inferens yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?

Jawapan:
(A)
1. Tin K

2. Suhu dalam tin K meningkat lebih banyak selepas 10 minit kerana objek berwarna gelap menyerap haba dengan lebih cepat berbanding objek yang putih.


Eksperimen 9.2:
Tujuan: Mengkaji objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih.

Pernyataan masalah: Adakah objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih?

Hipotesis: Objek yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek putih.

(B) Pembebas haba yang baik


Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air panas
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Warna permukaan
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Penurunan suhu

Bahan: Cat hitam, cat putih dan air panas

Radas: Termometer, tin susu kosong, plat besi dan bongkah kayu

Prosedur:


1. Sediakan dua tin susu kosong yang masing-masing dicat dengan cat putih dan cat hitam. Kemudian, labelkan tin sebagai J dan K.

2. Isi air panas ke dalam kedua-dua tin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.16.

3. Rekodkan suhu awal air di dalam setiap tin.

4. Perhatikan dan rekodkan suhu akhir setiap tin selepas 10 minit.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.


Soalan
1. Tin manakah yang membebaskan haba dengan lebih baik?

2. Apakah inferens yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?

3. Apakah cara pengaliran haba yang menyebabkan haba hilang daripada tin?

4. Reka bentuk satu eksperimen untuk mengkaji sama ada objek yang kusam atau berkilat menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik.

Jawapan:
(B)
1. Tin K

2. Suhu dalam tin K menurun lebih banyak selepas 10 minit kerana objek berwarna gelap membebaskan haba dengan lebih cepat berbanding objek yang putih.

3. Sinaran

4. (Jawapan murid)

Leave a Comment