Eksperimen 2.1 (A) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.1 (A):
(A) Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan

Tujuan

Mengkaji perbezaan peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan

Pernyataan masalah
Apakah perbezaan peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan?

Hipotesis
Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan adalah lebih tinggi daripada peratus komposisi oksigen dalam udara hembusan.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis udara di dalam balang gas
(b) bergerak balas : Aras akhir air di dalam balang gas
(c) dimalarkan : Suhu dan tekanan udara

Bahan
Lilin, plastisin, mancis, pen penanda dakwat kekal, air, udara sedutan dan udara hembusan

Radas
Besen kaca, balang gas, penutup balang gas dan alas balang gas

Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5 (a) dan (b).


2. Nyalakan lilin dan telangkupkan balang gas yang berisi udara ke atas lilin tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.


3. Perhati dan catatkan aras akhir air (dalam unit bilangan bahagian seragam yang ditandakan pada balang gas) selepas nyalaan lilin tersebut padam. Buat anggaran peratusan oksigen dalam udara di dalam balang gas tersebut.

4. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7 untuk mengumpulkan udara hembusan sehingga isi padunya sama seperti udara sedutan yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5 (a) dan (b).

5. Ulang langkah 2 dan 3.


Keputusan


Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
Kenaikan aras air di dalam balang gas yang manakah lebih tinggi? Jelaskan pemerhatian anda.


Jawapan:
– Aras air di dalam balang gas yang mengandungi udara sedutan lebih tinggi.

– Komposisi oksigen dalam udara sedutan lebih tinggi daripada udara hembusan.

– Pembakaran lilin menggunakan oksigen di dalam balang gas menyebabkan air masuk untuk memenuhi ruang yang asalnya dipenuhi oleh oksigen.

Leave a Comment