Praktis Formatif 6.2 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Apakah transformer?

Jawapan:
Transformer merupakan alat yang mengubah voltan bagi arus ulang-alik.


Soalan 2:
Gariskan jawapan yang betul tentang transformer.

(a) Transformer hanya berfungsi menggunakan arus (terus/ulang-alik).

(b) Dalam transformer injak turun, bilangan lilitan dalam gegelung primer adalah lebih (besar/kecil) daripada bilangan lilitan dalam gegelung sekunder.

(c) Transformer injak (naik/turun) digunakan untuk mengubah 25 kV kepada 250 kV.

(d) Transformer injak (naik/turun) dipasang di dalam radio.

Jawapan:
(a) ulang-alik
(b) besar
(c) naik
(d) turun

Soalan 3:
Nyatakan satu contoh peralatan elektrik di rumah yang menggunakan jenis transformer yang berikut:
(a) Transformer injak naik
(b) Transformer injak turun

Jawapan:
(a) Ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk, televisyen

(b) Pengecas telefon bimbit, pengecas komputer riba/tablet

Leave a Comment