Praktis Formatif 7.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
(a) Berikan definisi kerja.
(b) Apakah unit S.I. bagi kerja?

Jawapan:
(a) Kerja didefinisikan sebagai hasil darab daya dan sesaran dalam arah daya.

(b) Joule


Soalan 2:
Apakah maksud tenaga?

Jawapan:
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.


Soalan 3:
(a) Berikan definisi kuasa.
(b) Apakah unit S.I. bagi kuasa?

Jawapan:
(a) Kuasa didefinisikan sebagai kadar melakukan kerja.

(b) Watt


Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan sebuah kren elektromagnet mengangkat beban seberat 2 500 N setinggi 4 m.


(a) Hitungkan kerja yang dilakukan.

(b) Berapakah tenaga yang digunakan untuk mengangkat beban oleh kren?

(c) Jika masa yang diambil oleh kren untuk mengangkat beban itu ialah 1.2 minit, hitungkan kuasa kren itu.


Jawapan:
(a)
W = Fs
= 2 500 N × 4 m
= 10 000 J

(b)
Tenaga yang digunakan
= kerja yang dilakukan
= 10 000 J

(c)


Leave a Comment