Praktis Formatif 7.2 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Soalan 3:


Daya, F, dikenakan terhadap papan untuk memampatkan spring ke arah dinding seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Diberi bahawa panjang asal spring ialah 50 cm, panjang akhir ialah 30 cm dan daya akhir yang dikenakan terhadap spring ialah 20 N. Berapakah tenaga keupayaan kenyal yang dimiliki oleh spring yang termampat?


Jawapan:
Jarak mampatan spring
= panjang spring asal – panjang spring termampat
= 50 cm – 30 cm
= 20 cm
= 0.2 m




Soalan 4:


(a)
Mengapakah kenderaan berat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 lazimnya berhalaju rendah tetapi mempunyai tenaga kinetik yang tinggi?

(b) Nyatakan satu contoh objek harian yang mempunyai tenaga kinetik yang tinggi dalam keadaan yang berikut:
(i) Objek yang berjisim kecil tetapi berhalaju tinggi.
(ii) Objek yang berjisim besar dan berhalaju tinggi.


Jawapan:
(a)
Mengikut rumus tenaga kinetik,
tenaga kinetik = ½ mv2
dengan
m ialah jisim
v ialah halaju.

Walaupun nilai halaju v bagi kenderaan berat adalah kecil, nilai jisimnya m adalah besar. Oleh itu, jisim kenderaan berat yang besar ini menyebabkan banyak tenaga kinetik dimiliki oleh kenderaan berat yang berhalaju rendah.

(b)
(i) Peluru yang ditembak keluar dari pistol.
(ii) Kapal terbang yang berlepas dari landasan di lapangan terbang.

Leave a Comment