Praktis Formatif 8.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Nyatakan ciri bagi atom mengikut Teori Atom Dalton.

Jawapan:
Mengikut Teori Atom Dalton, atom adalah zarah terkecil.

Soalan 2:
Terangkan bagaimana ion yang berikut terbentuk.
(a) Ion positif
(b) Ion negatif

Jawapan:
(a) Apabila sesuatu atom menderma elektron.

(b) Apabila sesuatu atom menerima elektron.

Soalan 3:


Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan elektron bagi zarah-zarah P, Q, R, S dan T.

(a) Zarah yang manakah ion positif? Terangkan jawapan anda.

(b) Zarah yang manakah ion negatif? Terangkan jawapan anda.

(c) Zarah yang manakah adalah neutral? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
(a) Q dan S. Dalam Q dan S, bilangan proton adalah lebih banyak daripada bilangan elektronnya.

(b) R dan T. Dalam R dan T, bilangan elektron adalah lebih banyak daripada bilangan protonnya.

(c) P. Dalam P, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektronnya.

Soalan 4:
Jadual 2 menunjukkan pembentukan ion.



(a) Berapakah bilangan elektron yang dibuang atau diterima oleh atom bromin dalam pembentukan ion X ini?

(b) Jelaskan jawapan anda di 4(a).

(c) Namakan ion X yang dibentuk dan tulis simbolnya.

Jawapan:
(a) Satu elektron diterima

(b) Bilangan elektron dalam ion bertambah sebanyak satu.

(c) Ion bromida, Br

Leave a Comment