6.2 Peneutralan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Beberapa titis penunjuk universal ditambah kepada air tulen seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Tabung uji ini digoncang.


(a) Apakah yang berlaku pada penunjuk universal selepas digoncang? [2 markah]

(b) Air adalah suatu sebatian. Ia boleh dipisahkan kepada unsur-unsurnya melalui satu proses. Terangkan proses yang terlibat. Gunakan rajah untuk menyokong penerangan anda. [4 markah]


Jawapan:
(a)
– Warna penunjuk universal bertukar ke hijau.
– Ini menunjukkan air tulen bersifat neutral.

(b)
– Rajah menunjukkan susunan radas yang diperlukan untuk memisahkan molekul air kepada unsur-unsurnya.


– Proses yang memisahkan molekul air kepada unsur-unsurnya dikenali sebagai elektrolisis.
– Semasa elektrolisis, gas hidrogen berkumpul di katod atau elektrod negatif.
– Gas oksigen berkumpul di anod atau elektrod positif.
– Isi padu hidrogen adalah dua kali isi padu oksigen.



Leave a Comment