Praktis Sumatif 6 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Soalan 3:
Noraini ingin membuat jem nanas menggunakan resipi yang diberikan oleh ibunya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.



(a) Namakan kaedah pengasingan bahan yang digunakan dalam resipi tersebut.

(b) Antara langkah 1-6, yang manakah melibatkan kaedah pengasingan yang anda namakan di 3(a)?


Jawapan:
(a) Penurasan

(b) Langkah 3

Soalan 4:
Kumutha diberi suatu campuran yang mengandungi pasir, serbuk besi, serpihan kecil kayu dan garam. Dia mengasingkan bahan-bahan tersebut menerusi empat langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Huruf A, B, C dan D mewakili bahan-bahan di dalam campuran tersebut.



(a) Kenal pasti bahan-bahan A, B, C dan D sama ada pasir, serbuk besi, serpihan kecil kayu atau garam.

(b) Bandingkan ketumpatan bahan B dan C. Mengapakah bahan B boleh diasingkan daripada campuran di langkah 2? Terangkan.

(c) Jika bahan D digantikan dengan gula, adakah gula masih dapat diasingkan daripada campuran dengan air melalui langkah 4?

(d) Apakah cara lain yang dapat Kumutha lakukan untuk mengasingkan campuran di langkah 4? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
A: serbuk besi
B: serpihan kecil kayu
C: pasir
D: garam

(b) Bahan B kurang tumpat berbanding bahan C menyebabkan bahan B terapung di atas permukaan air dan dapat diasingkan dengan mudah.


(c) Ya

(d) Kumutha boleh menggunakan kaedah penyulingan. Kaedah ini melibatkan pendidihan garam dan air. Wap air yang terhasil terkondensasi dan membentuk cecair. Cecair tulen yang terhasil dikumpulkan di dalam bikar dan hablur garam pula akan tertinggal di dalam kelalang penyulingan.

Leave a Comment