Latihan Sumatif 4 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Berikut adalah antara penyakit yang direkodkan di Malaysia.


(a) Kelaskan penyakit-penyakit di atas kepada dua kumpulan berdasarkan ciri sepunya.




(b) Nyatakan ciri yang anda gunakan untuk membuat pengelasan di 1(a).

(c) Berdasarkan senarai penyakit di atas, nyatakan satu penyakit yang disebabkan oleh setiap faktor yang berikut.
(i) Kulat
(ii) Bakteria Leptospira
(iii) Virus influenza
(iv) Tabiat makan tidak sihat

(d) Penyakit yang manakah termasuk dalam program imunisasi bayi dan kanak-kanak?


Jawapan:
(a)
Kumpulan 1: Diabetes, hipertensi, serangan jantung, kanser
Kumpulan 2: Selesema, campak, kencing tikus, Zika, kolera, panau

(b) Penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit

(c)
(i) Panau
(ii) Kencing tikus
(iii) Selesema
(iv) Diabetes// hipertensi// serangan jantung

(d) Campak

Soalan 2:
Demam denggi berdarah merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.

(a) Namakan patogen dan vektor bagi penyakit ini.

(b) Berikan satu contoh penyakit lain yang disebarkan menerusi vektor yang sama dengan demam denggi berdarah.

(c) Terangkan cara penyakit ini boleh menular.


Jawapan:
(a) Virus denggi // nyamuk Aedes

(b) Zika // Chikungunya

(c) Penyakit demam denggi berdarah menular apabila nyamuk aedes menggigit dan menghisap darah pesakit yang mengandungi virus denggi. Nyamuk yang dijangkiti ini akan memindahkan virus ini kepada individu lain yang digigitnya

Soalan 3:
Gambar foto 1 menunjukkan sebuah tong sampah di sebuah taman perumahan. Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada orang awam jika keadaan ini berlarutan. Berikan alasan anda.



Jawapan:
Selain berbau busuk, keadaan sampah yang terdedah menyebabkan kehadiran lipas, lalat dan tikus. Haiwan-haiwan ini mungkin menjadi vektor bagi penyakit seperti kolera, demam kepialu dan penyakit kencing tikus.

Leave a Comment