Latihan Sumatif 4 (Soalan 4 & 5) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 4


Soalan 4:



Rajah 1 menunjukkan graf kepekatan antibodi dalam darah (%) dalam tempoh 40 hari. Berdasarkan graf tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Terangkan tindak balas badan melawan jangkitan virus A.

(b) Berapakah masa yang diambil oleh badan untuk membina antibodi untuk mencapai aras keimunan selepas mendapat jangkitan?

(c) Berikan satu sebab aras antibodi menurun selepas mencapai aras keimunan.


Jawapan:
(a) Tindak balas badan untuk melawan jangkitan virus adalah dengan merembes antibodi ke dalam darah untuk membunuh bakteria.

(b) 16 hingga 17 hari selepas jangkitan.

(c) Virus telah dibunuh dan badan mendapat keimunan terhadap penyakit tersebut

Soalan 5:
Manusia bertuah kerana mempunyai dua jenis mekanisme pertahanan badan, iaitu mekanisme pertahanan spesifik dan mekanisme pertahanan tidak spesifik.

(a) Terangkan perbandingan antara mekanisme pertahanan spesifik dengan mekanisme pertahanan tidak spesifik.

(b) Perihalkan benteng pertahanan bagi

(i) mekanisme pertahanan spesifik

(ii) mekanisme pertahanan tidak spesifik


(c) Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan jenis keimunan bagi setiap kes.



Jawapan:
(a)
Persamaan: Kedua-dua mekanisme berfungsi untuk mencegah jangkitan penyakit.

Perbezaan: Mekanisme pertahanan spesifik menyerang patogen tertentu secara khusus manakala mekanisme pertahanan tidak spesifik menyerang patogen secara menyeluruh

(b)(i) Patogen dibunuh oleh antibodi yang dihasilkan oleh sel darah putih.


(b)(ii) Kemasukan patogen dihalang oleh kulit dan membran mukus. Manakala patogen yang berjaya masuk dimusnahkan menggunakan operasi fagositosis.

(c)
(i) Keimunan aktif semula jadi
(ii) Keimunan aktif buatan
(iii) Keimunan pasif semula jadi
(iv) Keimunan pasif buatan

Leave a Comment