Latihan Sumatif 4 (Soalan 6 & 7) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 4


Soalan 6:
Andaikan anda seorang saintis. Anda bertanggungjawab untuk menyiasat kes wabak penyakit berjangkit yang menular di sebuah pekan kecil. Wabak tersebut telah menyebabkan tiga kes kematian dan 10 orang lagi telah menunjukkan simptom dijangkiti penyakit tersebut.

(a) Apakah langkah berjaga-jaga yang patut dilakukan sebelum anda melakukan ujian makmal untuk menyiasat punca wabak tersebut?

(b) Senaraikan beberapa soalan yang boleh diajukan kepada mangsa-mangsa yang telah dijangkiti penyakit tersebut untuk membantu anda dalam penyiasatan ini.

(c) Apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan kepada penduduk di pekan tersebut untuk melindungi penduduk yang belum dijangkiti?

(d) Pihak hospital telah memutuskan untuk melakukan kuarantin terhadap pesakit yang telah mendapat jangkitan. Wajarkan keputusan hospital tersebut.


Jawapan:
(a) Memutuskan transmisi jangkitan melalui pengesanan kes secara aktif dan pasif seperti memberi rawatan awal kepada pesakit dan mengasingkan pesakit dengan orang lain.

(b)(i) Apakah aktiviti-aktiviti yang anda lakukan dalam tempoh dua minggu sebelum dijangkiti penyakit?

(ii) Adakah anda memasuki hutan atau mandi di air terjun sebelum sakit?
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


(c)(i) Elakkan pertemuan dengan pesakit

(ii) Amalkan langkah-langkah keselamatan apabila bertemu dengan pesakit seperti memakai penutup mulut dan hidung.

(iii) Tingkatkan tahap kebersihan diri, rumah dan persekitaran.

(iv) Lakukan langkah-langkah kawalan vektor
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

(d) Langkah kuarantin ke atas pesakit wajar dilakukan untuk mengelakkan orang ramai berhubung secara langsung dengan pesakit. Ini adalah disebabkan pemindahan bakteria atau virus boleh berlaku menerusi udara, air, vektor dan juga sentuhan.

Soalan 7:
Seorang peladang membeli tiga ekor ayam dan meletakkannya di dalam reban bersama-sama dengan 15 ekor ayam yang lain. Selepas dua hari, peladang tersebut mendapati tiga ekor ayam yang baru dimasukkannya dijangkiti penyakit. Beberapa hari kemudian, empat ekor ayam yang lain turut dijangkiti. Peladang tersebut memanggil seorang doktor veterinar untuk membantunya dan memberitahu tentang pembelian tiga ekor ayam yang baharu dan penukaran jenis makanan ayam yang dilakukan sehari sebelum dia mendapati ayamnya sakit.

(a) Cadangkan dua inferens tentang ayam yang dijangkiti penyakit itu.

(b) Jika anda menjadi doktor veterinar tersebut, bagaimanakah anda boleh membantu peladang itu untuk menyelesaikan masalahnya? Terangkan reka bentuk ujian anda.


Jawapan:
(a)
Inferens 1: Makanan baharu itu telah menyebabkan penyakit.

Inferens 2: Ayam yang baru dimasukkan telah menyebarkan penyakit yang dijangkitinya.


(b)
Hipotesis 1: Jika makanan baharu itu telah menyebabkan penyakit, maka ayam-ayam akan sembuh selepas diberikan makanan asal.

Menguji hipotesis 1: Asingkan ayam yang sakit ke dalam reban yang berasingan. Berikan makanan asal kepada semua ayam.

• Perhatikan keadaan semua ayam selepas seminggu. Jika ayam masih sakit, maka hipotesis 1 tidak disokong.


Hipotesis 2: Jika ayam yang baharu telah menyebarkan penyakit, maka ujian makmal terhadap darah atau najis ayam boleh membuktikannya.

Menguji hipotesis 2: Lakukan ujian makmal terhadap darah atau najis ayam.

• Jika keputusan menunjukkan kehadiran patogen di dalam darah atau najis ayam, maka hipotesis 2 disokong. Ayam-ayam perlu diberi suntikan antibiotik sebagai rawatan.

Leave a Comment